
Selasa,10-09-2013 – Ahli biro politik Hamas, Ezzet Resheq menyelar sekeras-kerasnya seruan setiausaha AS John Kerry kepada EU agar menangguhkan sekatan bantuan kewangan ke atas penempatan Israel.
Resheq berkata di laman Facebook pada Ahad bahawa seruan Kerry menggambarkan sikap berat sebelah yang jelas kepada Israel.
Beliau berkata seruan itu ditolak kerana ia menggalakkan Israel untuk meneruskan jenayah dan perang ke atas rakyat, tanah dan tempat suci Palestin. Resheq berkata, kata-kata Kerry itu merupakan peringatan bahawa pentadbiran AS sememangnya memihak kepada Israel dan ternyata Israel tidak sesuai menjadi pemudahcara bagi sebarang rundingan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati