
Jumaat, 13-09-2013 – Kerajaan Palestin di Gaza berkata pihak berkuasa regim zionis menggunakan proses rundingan untuk menutup keadaan yg dihadapi di bandar Jerusalem dan Masjid Al-Aqsa.
Unit Hal Ehwal Jerusalem di Kementerian Dalam Negeri berkata dalam satu kenyataan: “Regim zionis ini bertujuan untuk melaksanakan projek yang bertujuan untuk memindahkan orang-orang Islam Palestin dari kota suci untuk menjadikannya sebuah bandar Yahudi, merobohkan Masjid Al-Aqsa dan membina kuil di atas runtuhan masjid Al-Aqsa. ” Ia mengutuk serangan ganas sehari-harian regim Zionis ke atas tapak suci di Jerusalem, terutama Masjid Al-Aqsa.
penterjemah : norsyuhada
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En