Categories
Berita Semasa

Berpuluh2 pokok zaitun dicabut oleh penerola di Yatta

Selasa,10-09-2013 – Para peneroka mencabut lebih daripada empat puluh pohon zaitun pada petang Ahad 8/9 di Yatta, selatan Hebron, di selatan Tebing Barat. Seorang aktivis di Pusat Berita Palestin, Ratib Jabour berkata lebih daripada 40 pokok zaitun ditebang oleh peneroka dibawah perlindungan tentera penceroboh di Khirbet Merah, timur Yatta di mana mereka menyerbu kawasan tersebut dan memulakan kegiatan tersebut.

Sementara di selatan Hebron, puluhan peneroka melancarkan serangan yang sama dan menghalan para petani daripada memasuki tanah mereka serta mengancam untuk menembak mereka. Pada masa yang sama, di Nablus, para peneroka memecahkan cermin-cermin kenderaan sebagai isyarat bagi indeks memuncak kempen mereka terhadap hak-hak Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nurfarhana