Categories
Berita Semasa

Zionis Gali Parit di Jerusalem

Jumaat, 13-09-2013 – Pusat Maklumat Wadi Hilweh di Silwan melaporkan bahawa jentolak Israel pada pagi Isnin mula menggali apa yang kelihatan seperti parit untuk memisahkan kampung Issawiyya dan penempatan haram Bukit Perancis.

Ahli Jawatankuasa Bertindak Issawiyya, Mohammed Abu Hummus, menjelaskan bahawa jentolak Perbandaran Jerusalem mula sejak pagi menggali parit untuk memisahkan kampung dan penempatan haram, atas alasan “keselamatan.”

Beliau menegaskan bahawa panjang parit mencapai lebih daripada sepuluh meter, dan menegaskan bahawa tanah itu dimiliki oleh rakyat Palestin, dan telah dirampas sejak bertahun.

penterjemah : ameen
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En

One reply on “Zionis Gali Parit di Jerusalem”

Comments are closed.