
Jumaat, 13-09-2013 – Pemimpin dalam pergerakan Hamas Dr Salah Bardawil menyatakan bahawa mengetatkan kepungan di Gaza bukan sahaja mensasarkan pergerakan Hamas tetapi ia mensasarkan Mesir juga.
Mengetatkan kepungan Gaza dan merobohkan terowong datang sebagai sebahagian daripada kempen hasutan sengit yang dilancarkan oleh media Mesir terhadap Hamas dan penentangan Palestin, katanya.
Malangnya media Mesir telah melancarkan kempen terhadap Hamas dan Gaza, cuba menyebar tuduhan palsu kepada pergerakan dalam usaha untuk melancarkan perang terhadap Islam di rantau ini, katanya.
penterjemah : norsyuhada
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En