Categories
Berita Semasa

Rayuan terhadap penyingkiran Sheikh Salah dari Jurusalem

Jumaat, 20-09-2013 – Mahkamah Daerah Zionis di Jurusalem menyiasat rayuan yang dikemukakan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Al-Mizan pada Khamis 12/9 di Nazareth yang menentang keputusan pasukan pendudukan yang melarang ketua gerakan Islam, Sheikh Raed Salah daripada memasuki Baitul Maqdis yang dijajah selama 48 tahun untuk tempoh 6 bulan.

Penasihat Gerakan Islam & Hal Ehwal Baitul Maqdis dan Al-Aqsa, Sheikh Ali Abou Sheikah meyifatkan penyingkiran Sheikh Raed Salah merupakan agenda politik Yahudi untuk menguasai Masjid Al-Aqsa. Beliau juga menafikan dakwaan Zionis yang mengatakan kehadiran Sheikh Salah secara berterusan di Jurusalem akan mencetuskan api keganasan.

Beliau menjelaskan dalam satu kenyataan untuk ” Pusat Berita Palestin” bahawa keganasan di Jurusalem tidak akan berhenti walaupun Sheikh Salah disingkirkan, serta menerangkan bahawa rayuan hari ini timbul atas keputusan pihak pendudukan yang zalim terhadap penyingkiran Sheikh Salah dari bandar Jurusalem. Beliau berkata lagi, keputusan mahkamah terhadap rayuan itu akan dikeluarkan pada hari-hari berikutnya.

penterjemah : nur farhana
sumber : http://www.palinfo.com