
Jumaat, 20-09-2013 – Persatuan Tahanan di Jenin memberi amaran peningkatan penggunaan anjing polis oleh tentera Israel semasa serbuan rumah-rumah penduduk palestin yang menyebabkan kerosakan psikologi kepada merekan dan kerosakan fizikal kepada rumah mereka.
Persatuan tersebut dalam satu kenyataan pada hari khamis (12-9) mengecam penggunaan kaedah ugutan, kemusnahan dan retakan yang berulang-ulang yang dilakukan oleh tentera Israel dan perkhidmatan perisikan semasa pelaksanaan proses penangkapan terhadap rakyat.
Persatuan itu juga mengemukakan rayuan segara kepada institusi hak asasi manusia dengan memberi tekanan kepada kerajaan Israel untuk menghentikan kehidupan banduan dan anak-anak mereka yang terdedah kepada bahaya yang boleh mencapai ke tahap hilang nyawa disebabkan penggunaan kekerasan dan keganasan semasa melakukan penangkapan.
penterjemah : nadhirah
sumber : http://www.palinfo.com