
Khamis,26-09-2013 – Jurucakap pemerintah Palestin, Ihab Gasin dalam pernyataanya meminta pemerintah Mesir mengkaji semula hukuman terhadap lima nelayan Gaza yang ditangkap di perairan Mesir, beberapa hari yang lalu dengan alasan memasuki perairan Mesir tanpa izin.
Gasin menegaskan, Khamis (19/9) hukuman tahanan ini akan meningkatkan ketegangan dua saudara, Gaza dan Mesir. Apa yang terjadi semalam sangat berbahaya bagi pemerintah Mesir mahupun Palestin.
Oleh kerana itu, pihaknya terus berhubung dengan pihak Mesir untuk mengkaji semula keputusannya dan secara prinsip pihak Palestin merasa pelik dengan keputusan tersebut.
Rabu (18/9) kelmarin pemerintah militan Mesir menjatuhkan hukuman terhadap lima nelayan Palestin dengan penjara satu tahun dan denda 500 Junaih setiap orang, dengan dakwaan telah memasuki wilayah laut Mesir secara tidak sah.
sumber : COMES
penterjemah : Osman