
Khamis,26-09-2013 – Tentera ZIonis Israel (IOF) memukul secara fizikal tiga pemuda dan menahan salah seorang daripada mereka selepas memintas mereka di pusat pemeriksaan tentera Zatara, selatan bandar Nablus.
Persatuan tahanan Palestin berkata pusat pemeriksaan IOF di Zatara itu memukul dengan kejam Wajdi Shalabi, 21 serta dua daripada rakan-rakannya sebelum membawanya ke pusat tahanan pagi Rabu lalu.
Persatuan ini mengesahkan tentera memaksa tiga pemuda itu menanggalkan baju untuk tujuan pemeriksaan dan cuba mengganggu Shalabi sambil menambah tindakan provokatif tentera itu mendorong rakannya cuba untuk melawan penahanan mereka.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz