
Khamis,26-09-2013 –Kuasa besar tentera Israel menyerbu sebuah bangunan Palestin yang terletak di tengah Jalan Syuhada’, berdekatan Masjid Al-Ibrahimi di Bandar Hebron yang terletak di selatan Tebing Barat.
Sumber-sumber tempatan melaporkan bahawa rumah yang diserbu oleh pihak tentera itu kepunyaan keluarga Abu Mayaleh, yang terdiri daripada 4 pangsapuri dan 4 kompleks perniagaan.
Kumpulan “Pemuda Menentang Penjajahan” berkata bahawa ini bukanlah pertama kali bangunan-bangunan dan rumah-rumah diserbu serta para penduduknya diusir dan dihalau dari rumah mereka oleh pihak tentera di Hebron, terutamanya sewaktu perayaan Yahudi dengan alasan untuk melindungi mereka daripada para peneroka di kawasan Masjid Al-Ibrahimi serta tidak dikuasai oleh para peneroka.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nur farhana