Categories
Berita Semasa

Perjuang Palestin Siap Siaga Hadapi Serangan Zionis Terhadap Gaza

Selasa,01-10-2013 – Dalam keterangan akhbar, Menteri Dalam Negeri Palestin, Fathi Hamad menghadiri pameran militan yang disebut sebagai Pasukan Keamanan Nasional Palestin di Gaza, pagi tadi (25/9). Beliau mengatakan apa yang menjadi tumpuan dalam negeri adalah menjaga keamanan dalam negeri dan melindungi bangsa dan negara. Pihaknya siap siaga menghadapi segala kemungkinan yang terjadi di Gaza.

Salah satu kewajiban pihak keselamatan dalam negeri adalah memelihara sempadan dari semua bentuk pelanggaran. Semua kejadian yang berlaku di Al-Quds adalah tindakan Yahudinisasi dan pembahagian waktu ibadah di Al-Aqsa tidak akan berlangsung lama. Semua pihak memahami bahawa di sana ada bangsa Palestin bersedia melakukan apa sahaja demi melindungi wilayahnya hingga berkuburnya setiap tentera Zionis yang telah datang secara bergerombolan ke Al-Quds. Tak ada tempat bagi mereka.

sumber : COMES
penterjemah : Osman