
Selasa , 03/10/06 –Di tengah-tengah pergolakan dalaman di antara penyokong Hamas dan Fatah semalam (Isnin), Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menggunakan kuasanya untuk membubarkan kerajaan pimpinan Hamas dan membuat pilihan raya baru.
“Saya sebagai presiden mempunyai hak untuk menubuh atau membubarkan kerajaan bila-bila masa sahaja, tetapi ingin saya katakana di sini bahawa kita patut berusaha sedaya upaya untuk menubuhkan satu kerajaan kesatuan nasional,” kata Abbas kepada Al-Jazeera semalam (Isnin).
Abbas turut menyuarakan bahawa walau pun beliau masih tekad untuk menubuhkan satu kerajaan beesepadu di antara kedua-dua parti itu, beliau berasa ragu-ragu tentang adakah satu keputusan bakal dicapai, dan memikirkan dengan serius untuk satu pilihan raya untuk melantik presiden dan ahli majlis perundangan baru awal 2007, menurut akhbar Teluk, Al-Khaleej.
Abbas dikatakan telah membincangkan idea ini dengan banyak pemimpin dari negara-negara yang dilawatinya baru-baru ini, lapor Al Khaleej.
Hamas tidak menyokong pilihan raya baru kerana melihat tindakan tersebut sebagai satu usaha terdesak oleh Abbas dan Fatah untuk menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang, menurut satu sumber rapat Hamas, dan menambah bahawa Hamas tidak bimbang akan keputusan pilihan raya baru tersebut kerana ia percaya parti itu akan menang lagi dengan majoriti yang lebih besar daripada tahun 2006.