
Selasa , 03/10/06 –
Seorang rakyat Palestin dibunuh Isnin lepas apabila Israel melepaskan tembakan di pantai Bandar Deir Al-Balah di tengah jalur Gaza, sumber perubatan melaporkan.
Mereka menambah, Hani Ibrahim Al-Najjar, 27, dari kem pelarian Shati di bandar Gaza, berjihad dan tidak mahu menyerah kalah sebelum ditembak oleh askar Israel dari bot penyerang.
Sementara itu, beberapa kapal penyerang Israel malam semalam, melancarkan tembakan secara agresif ke arah penempatan penduduk Palestin di bandar Beilt Hanun dan Beit Lahia hingga ke utara jalur, sumber pemerhati melaporkan.
Askar pejuang Palestin membalas ke arah askar Israel ini dgn melancarkan tiga rocket buatan sendiri ke atas kawasan ketenteraan Kissufim Israel dan Kfar Azza berhampiran jalur Gaza.
Salah satu sayap bersama Pergerakan Fatah bertanggungjawab atas serangan tersebut dgn berkata serangan itu sbg membalas tindakan jenayah Israel.