Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi bakar berpuluh-puluh pokok Palestin

Khamis,14-11-2013 – Pendatang Yahudi telah menyalakan api dan membakar berpuluh-puluh pokok dan anak pokok zaitun di selatan Baitullaham pada subuh Ahad lalu.

Ahmed Salah, penyelaras jawatankuasa popular terhadap penempatan di bandar Al-Khader berkata, peneroka daripada penempatan Efrat telah menyalakan api dalam kebakaran itu. Beliau berkata 20 pokok yang berbuah dan 70 anak pokok zaitun yang dimiliki oleh petani Palestin berhampiran Al-Khader musnah dalam kebakaran tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz