
Khamis,14-11-2013 – Pendatang Yahudi pada malam Sabtu menyerbu Kota Lama al-Khalil di Tebing Barat yang diduduki, dan menyerang penduduk Palestin dan harta mereka.
Sumber tempatan melaporkan bahawa berpuluh-puluh pendatang yang dilindungi oleh tentera Israel menyerbu kawasan-kawasan perumahan dan pasaran Kota Lama, di mana mereka menyerang harta rakyat dan melaungkan slogan-slogan perkauman terhadap rakyat Palestin.
Konfrontasi ganas tercetus di Jaber kejiranan timur Masjid Ibrahimi pada malam Sabtu di antara belia Palestin dan pendatang dari Kiryat Arba yang telah kembali ke penempatan mereka selepas mengadakan sambutan di Masjid Ibrahimi.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : norsyuhada