
Khamis,14-11-2013 – Kumpulan Tindakan untuk Rakyat Palestin di Syria berkata bahawa 2 pelarian Palestin meninggal pada Sabtu akibat konflik berterusan di Syria.
Dalam kenyataan akhbarnya, kumpulan itu memberitahu pada Ahad bahawa kanak-kanak itu Qais Ajou meninggal akibat tembakan udara yang menyasarkan kawasan Masjid Quds di kem Daraa manakala Mahmoud Alaa El Din dari kem pelarian Yarmouk meninggal selepas makan bersama keluarganya, di mana makanan itu mengandungi racun tikus.
Ia menyatakan beberapa peluru mortar juga menyasarkan kem Daraa, tidak menyebabkan kecederaan, bekalan elektrik terus terputus, juga kekurangan bekalan makanan, tepung dan bahan api.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati