Categories
Berita Semasa

Pertempuran di Bandar Lama Hebron Selepas Serangan Israel ke atas keluarga Palestin

Khamis,14-11-2013 – Pertempuran tercetus di lorong timur masjid Ibrahimi di Hberon selepas solat isya’ hari sabtu di antara penduduk Israel yang baru pulang dari sambutan sabtu yang diadakan di kawasan masjid ibrahimi dan penduduk Palestin.

Sumber Palestin menyatakan bahawa ramai penduduk Israel semasa kembali ke penempatan mereka di Kiryat Arba menyerang keluarga Palestin ( seorang wanita, suami dan tiga orang anaknya) , ketiga adik-beradik itu ditimpa cedera sedikit, mereka ialah Ala, 3 tahun, Bader,
5 tahun, Muhammad Jaber, 7 tahun, kesan dipukul oleh penduduk Israel. Emak mereka menjerit meminta bantuan. Beberapa ketika sahaja, berlakulah pertempuran yang ganas antara dua pemuda Palestin yang cuba menolong wanita Palestin dan anaknya.

Saksi- saksi berkata bahawa banyak kenderaan tentera zionis Israel tiba di tempat kejadian bagi melindungi rakyat Israel dan mengejar pemuda Palestin namun tiada penangkapan dilaporkan

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah