Categories
Berita Semasa

FHI menuntut rejim Israel (IOA) membebaskan Akram Al Fosaisy dengan segera

Jumaat,15-11-2013 – Sahabat Kemanusiaan Antarabangsa (FHI) menyatakan kebimbangan terhadap keadaan kesihatan tahanan Palestin di penjara Israel, Akram Al Fosaisy yang semakin teruk. Organisasi itu menuntut IOA membebaskannya segera.

Organisasi hak asasi manusia telah mengesahkan bahawa nyawa Akram Yousef Muhammad Al Fosaisy (30 tahun) berasal dari Ethna dekat Hebron di Tebing Barat sangat terdedah kepada bahaya semenjak terlibat dalam mogok lapar selama 45 hari. Beliau memulakan kempen mogok lapar sebagai protes terhadap polisi penahanan tanpa bicara sebagai tambahan kepada tiada tuduhan atau penjatuhan hukuman oleh rejim Israel.

Sejak September 28, 2000, rejim telah mengeluarkan lebih kurang “22000” penahanan tanpa bicara terhadap rakyatPalestin. Statistik terkini menunjukkan bahawa hampir “150” rakyat Palestin ditahan tanpa bicara di penjara Naqab, Majedo, Ramon and Owfer, demikian menurut organisasi itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati