Categories
Berita Semasa

Para tahanan di penjara Raymond mengugut untuk meningkatkan protes

Isnin,18-11-2013 – Satu unit khas Israel telah menyerbu bahagian 4 dan 6 penjara Raymond pada Selasa dan melancarkan kempen carian yang panjang, Kesatuan Tahanan Palestin (PPS) berkata.

PPS berkata bahawa 20 ahli unit itu menyerbu bilik nombor 59 di bahagian 4 dan bilik 21 di bahagian 6 di penjara Raymond dan menggeledah hak milik peribadi tahanan, sebahagiannya dimusnahkan untuk memprovokasi tahanan.

Jurucakap PPS Amina al-Tawil mengesahkan bahawa rejim Israel telah meningkatkan serangan ke atas tahanan Palestin yang berada di penjara Raymond rentetan protes mereka atas kesyahidan seorang tahanan Hassan al-Torabi yang sakit dan juga kerana polisi pengabaian perubatan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

One reply on “Para tahanan di penjara Raymond mengugut untuk meningkatkan protes”

Comments are closed.