Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi mencemari Masjid Aqsa

Selasa, 19-11-2013 – Puluhan pendatang Yahudi memecah masuk Masjid Aqsa di Baitulmuqaddis pada pagi Ahad dengan dikawal ketat polis Israel.

Yayasan Waqaf dan Warisan Aqsa (AFEH) berkata dalam kenyataan akhbar bahawa lebih daripada 70 pendatang yang diketuai rabbi Yehudah Glick, yang merupakan salah seorang rabbi yang sangat fanatic menyeru pemusnahan Masjid Aqsa dan membina kuil atas runtuhannya telah memasuki Aqsa menerusi pintu Maghareba.

Dikatakan bahawa para pendatang memasuki masjid secara berkumpulan dan cuba menjalankan ibadat Talmudic tetapi dihalang oleh pengawal Aqsa. AFEH berkata bahawa Yehudah Glick, yang merupakan pengerusi Yayasan Warisan Kuil telah dihalang daripada memasuki Masjid Aqsa 2 minggu lalu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati