
Khamis, 21-11-2013 – Regim Zionis Israel (IOF) telah membebaskan seorang remaja lelaki Mohammed Hamid, 12, selepas dia ditangkap dan diserang, di Silwad timur Ramallah.
Rejim Zionis itu telah menculik Mohammed semasa pertempuran antara tentera Israel dan belia Palestin di bulatan Shohadaa di Silwad, selepas menuduh beliau membaling batu pada tentera Israel.Keluarganya berkata bahawa pendatang yahudi yang telah membebaskan beliau selepas tengah malam, selepas penahanan yang berlangsung selama lebih daripada tujuh jam di Ben Yamin Camp di penjara Ofer. Semasa penahanan beliau Mohammed teruk diserang oleh tentera Israel, yang menyebabkan tangannya cedera dan lebam di kepala dan seluruh badan beliau.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : norsyuhada