
Khamis, 21-11-2013 – Rangkaian Eropah untuk hak asasi manusia – UFree melahirkan kebimbangan yang mendalam ke atas kehidupan pesakit Palestin di penjara Israel dan mereka terdedah kepada pengabaian keperluan perubatan, mengkritik ketiadaan peranan media dalam mengetengahkan isu mereka.
Menurut UFree , terdapat 1,700 pesakit ditahan daripada 4,600 tahanan Palestin di penjara Israel , 75 daripada mereka mengalami kanser, masalah jantung , hilang upaya dan penyakit buah pinggang kronik, di samping masalah-masalah psikologi kerana keadaan penjara yang kurang memuaskan dan pengabaian perubatan yang sengaja dilakukan oleh penjara Israel.
UFree menekankan keadaan kesihatan tahanan Naim Shawamra dan Motasem Raddad yang merosot, dimana Naim mengalami distrofi otot yang menyebabkan ketidakupayaan untuk berjalan atau bercakap dan Motasem mengalami kanser kolon dan kesihatan beliau merosot secara mendadak selepas penyebaran kanser di seluruh badan beliau walaupun menjalani kemoterapi.
UFree merayu kepada Palang Merah untuk segera bekerja untuk memperbaiki keadaan pesakit Palestin di penjara-penjara Israel.
Ia juga menuntut masyarakat antarabangsa untuk semestinya memikul tanggungjawab manusia, undang-undang dan moral dan menekan rejim pendudukan Israel untuk mematuhi komitmen antarabangsa, terutamanya konvensyen keempat Geneva
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen