
Jumaat , 06/10/06 –
Kumpulan bersenjata Fatah telah cuba untuk membunuh Ahli Majlis Undangan Hamas, Dr. Younis Al-Astal di Khan Younis sebelum subuh Khamis lalu tetapi gagal. Pembunuh dr kumpulan Fatah itu bagaimanapun telah mencederakan seorang pengawal Astal selepas melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah rumah Ahli Parlimen itu.
Sumber tempatan mengesahkan bahawa cubaan untuk membunuh Astal adalah yang kelima dilancarkan ke atas nyawa para pemimpin Hamas dan penyokongnya sejak keluarnya ‘kenyataan meragukan’ daripada pemimpin kumpulan pemberontak terhadap kerajaan PA beberapa hari lalu. Kenyataan itu menyebut mahu menghapuskan pemimpin-pemimpin Hamas.
Beberapa hari lalu, sekumpulan perompak dari Fatah membunuh seorang pemuda Palestin, Nasser Al-Jafari,37, ketika beliau memlindungi seorang warga tua Palestin yang enggan mematuhi perintah kumpulan itu supaya menutup kedainya. Kumpulan radikal itu yang dipercayai mendapat bantuan kewangan daripada pemimpin Fatah mengugut akan terus melaksanakan pemberontakan dan vandalisma di jalanan serta membunuh sesiapa sahaja yang cuba menghalang mereka sambil merujuk kepada kumpulan keselamatan yang di bawah kelolaan Kementerian Dalam Negeri.
Walaubagaimanapun, sekumpulan daripada Briged Pejuang Al-Aqsa memberi amaran kepada penduduk awam Palestin berhubung “niat jahat” dan “trend membunuh” di dalam paksi Fatah dengan menegaskan bahawa kumpulan samseng itu tidak lain hanyalah kumpulan berbayar yang berkhidmat untuk Israel.
Merujuk kepada perkara yang sama, sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali mengugut untuk membunuh pemangku Menteri Kewangan dan Menteri Perancangan, Dr Samir Abu Aisha pada Rabu malam yang lalu. Menurut Abu Aisha, mesej dalam bahasa Inggeris dan Hebrew itu dihantar kepada telefon bimbit beliau, namun tujuan di sebalik ugutan itu tidak pula dinyatakan. Pemimpin politik Hamas di bandar Qalqilia, Mohammed Odeh,37, telah ditembak mati menggunakan peluru yang mengadungi pelbagai elemen di hadapan rumahnya ketika beliau keluar untuk pergi bersolat di masjid berhampiran. Jenazah beliau telah dikebumikan pada petang Rabu lalu.