
Jumaat , 06/10/06 –
Polis Israel di Baitulmaqdis menahan seorang Rabbi pada Khamis, disyaki mengancam untuk serangan pengganas keatas Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, lapor akhbar harian dalam talian Israel, Haaretz.
Rabbi tersebut ditahan setelah pegawai keselamatan di Hotel Dan Panorama di Tel Aviv melaporkan kepada polis Israel yang lelaki tersebut menghampirinya dan mengancam untuk melakukan serangan keatas Masjid Al-Aqsa pada Khamis malam.
Setelah menerima laporan, pihak polis tiba dan menahan Rabbi tersebut untuk disoal-siasat.
Rabbi berusia 51 tahun tersebut, menurut polis Israel telah melakukan perkara yang sama sebelum ini.
Haaretz melaporkan yang Shin Bet (Pihak Keselamatan Dalaman Israel) turut terlibat dalam menyoal siasat Rabbi tersebut.
Rabbi tersebut telah dihantar ke Mahkamah Majisteret Tel Aviv pada Khamis pagi untuk mendapatkan lanjutan tahanan reman. Pihak polis juga akan merujuk Rabbi tersebut ke pusat perubatan bagi mendapatkan pemeriksaan mental, menurut Haaretz.
Masjid Al-Aqsa adalah masjid tertua dalam Islam selepas Kaabah di Makah dan ketiga utama selepas Masjid Al-Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.