
Rabu , 11/10/06 –
Timbalan pemimpin Gerakan Islam di kawasan 1948 (Israel), Kamal Al-Khatib memberi amaran bahawa tindakan memusnahkan masjid suci Al-Aqsa di Baltul Maqdis hanya akan mencetuskan ‘api besar’ di kawasan itu. Khatib mengesahkan bahawa tindakan zalim itu akan menimbulkan reaksi ganas yang mungkin lebih besar daripada Intifada Aqsa yang lepas.
Mengulas kenyataan menteri fanatik Israel, Uri Ariel yang menggesa penyerbuan ke kawasan suci itu Isnin lalu, Khatib berkata bahawa serangan itu menandakan persetujuan dari pihak keselamatan Israel. Lawatan Ariel, daripada parti pengganas Mifdal ke plaza di kawasan suci Aqsa menguatkan lagi kehadiran pasukan keselamatan yang mengawal ketenteraman perayaan Yahudi ketika cuti Sukkot. Perayaan itu telah menyekat kehadiran masyarakat muslim yang mahu bersolat di al-Aqsa.
Ariel memberitahu akhbar harian Hebrew, Ma’ariv bahawa ‘lawatannya’ adalah untuk mengingatkan dunia bahawa kuil yahudi yang akan dibina di atas kemusnahan Al-Aqsa adalah merupakan denyutan jantung setiap masyarakat Yahudi. Ariel berkata, “ Semuanya berkaitan dengan masa di mana penduduk Yahudi sepatutnya menunaikan solat di sini (Masjid Al-Aqsa).”