Pembekalan bahan api dihentikan Israel sehingga hutang dibayar.


Rabu , 11/10/06 –
Syarikat bahan api Israel tidak akan menghantar bahan api ke bandar West Bank sehingga Palestinian Authority (PA) membayar hutang mereka sebanyak seratus juta shekel. PA tidak mempunyai peluang untuk membuat bayaran semenjak berada di bawah pimpinan U.S. dan pemboikotan ekonomi sejak Januari lalu menyebabkan kesibukan mencari bahan api yang melanda selama dua hari di seluruh West Bank.

Kejadian ini berulang kembali sejak pertama kali berlaku pada Januari 2006 selepas pemilihan undang-undang Palestin apabila syarikat Israel menghentikan penghantaran minyak ke West Bank pada masa yang tertentu. Tindakan kejam yang diambil oleh kerajaan Israel itu dianggap tidak logic langsung yang menyebabkan rakyat Palestin berputus asa. Beberapa penduduk tempatan berpendapat bahawa tindakan Israel itu adalah satu kepungan bagi rakyat Palestin. Manakala yang lain berpendapat tindakan adalah bertujuan untuk meningkatkan semangat mogok di kalangan masyarakat dan menyulitkan lagi krisis ekonomi Palestin.

Pemilik stesen minyak di Jenin memberitahu bahawa bekalan diesel dan petrol mula berkurangan sejak tengah hari Selasa apabila berita tentang pembahagian bahan api dari bandar ke bandar dipotong. “Semua orang maklum tentang krisis yang hebat tersebut dan mereka tidak mempunyai pilihan selain memenuhkan tangki minyak kenderaan masing-masing” kata pemilik stesen minyak itu.

Ketidakstabilan politik, ekonomi dan keadaan sosial di kawasan yang dikuasai membuatkan pergerakan sebahagian pihak Israel memusnahkan sama sekali rakyat Palestin.

Penduduk menghadapi kebuluran, rakyat sedang berperang, mereka tidak mempunyai kerja, tiada kebebasan untuk bergerak, hak mereka *****a sedikit; dinding apartheid mencekik ekonomi dan social mereka, mereka dihina dan kadang-kala dipikul di tempat pemeriksaan Israel setiap hari, rumah mereka diburu, barang kepunyaan mereka digeledah, dan kanak-kanak ditembak setiap hari dan kini mereka tidak boleh mengisi minyak untuk keperluan kereta mereka.

Jamal, seorang pemandu teksi di Jenin memberitahu PNN, “Kepungan ini telah berakhir. Penutupan, pengangguran dan pembayaran gaji tersekat adalah tidak mencukupi sehingga kami kehilangan bekalan petrol. Bagaimana kami hendak meneruskan hidup dengan keadaan begini?”

“Pemberhentian bekalan petroleum adalah kerana masalah kewangan” kata Hussam Arqowi, Pengarah Kuasa Petroleum di Jenin. Tambahnya lagi, “tetapi pihaknya tidak punya keperluan untuk mengambil tindakan sedrastik itu.”