
Rabu , 11/10/06 –
Sumber-sumber Palestin menyatakan, orang-orang rapat Abbas sedang bersiap sedia untuk melakukan kudeta* di parlimen, dengan melakukan kajian terhadap undang-undang negara yang boleh membubarkan parlimen dan melakukan langkah-langkah perubahan
terhadap sistem pilihanraya umum Palestin untuk menghalang Hamas dari terus mencapai kemenangan majoriti dalam pilihanraya umum akan
datang.
Menurut sumber-sumber presiden, orang-orang Abbas seperti para penasihat presiden, ketika ini sedang mengkaji kemungkinan pembubaran dewan legislatif Palestin dan membuat undang-undang untuk mengubah sistem pilihanraya dengan menggunakan sistem proporsional, tujuannya untuk menyekat kemampuan Hamas memenangi secara majoriti dalam kerusi parlimen untuk kali yang kedua.
Ketika ini orang-orang Abbas sedang mengkaji undang-undang yang boleh memberikan kuasa terhadap presiden untuk membubarkan dewan
legislatif dan membuat pilihanraya semula.
Ketua bahagian perundangan dewan legislatif Faraj al Ghaul dalam sidang akhbar, Sabtu (07/10), menemplak semua usaha yang tidak
mengikut undang-undang untuk memberi peluang kepada presiden Palestin membubarkan parlimen.
Al Ghaul menegaskan bahawa dalam keadaan apapun tidak mungkin meluluskan sebarang keputusan tanpa persetujuan Hamas sebagai suara majoriti di Parlimen. Tidak ada jalan bagi Abbas dan orang-
orangnya kecuali melakukan kudeta terhadap parlimen dan pemerintah atau melalui pilihanraya umum.
Sementara itu Menteri Dalam Negeri Palestin, Saed Sheyam menuduh tindakan orang dalam gerakan Fatah dipersetujui Abbas, “Mereka tidak menginginkan kerajaan ini terbentuk. Hal itu dilakukan atas provokasi pihak Amerika dan Eropah. Dengan alasan bahawa pemerintahan sedia ada tidak berusaha menghidupkan proses perdamaian, menurut mereka.”
Sheyam menegaskan, ada usaha untuk menyerang dan menekan kerajaan, bahkan melakukan provokasi dari luar hingga pihak-pihak serantau turut terlibat dengan mewujudkan keadaan kacau-bilau. Wakil gerakan Hamas di Yaman, Abu Ahmad Jamal mengingatkan adanya sebahagian pihak dan pakar di “negara-negara jiran Palestin” memberikan khidmat nasihat kepada Presiden Mahmud Abbas berkenaan
cara untuk menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang.
Jamal menambahkan, “Para pakar dari negara jiran menyampaikan kajian mengenai langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi deklarasi pemerintahan darurat. Ada juga pihak yang menyampaikan usul
langkah-langkah untuk membatalkan keputusan proses demokrasi Palestin.
Sementara itu pihak lainnya mencadangkan agar dilakukan embargo kewangan dan politik terhadap pemerintah.” Perlu disebutkan apa yang disiarkan pihak media, empat trak yang dikawal pasukan Zionis Israel membawa senjata untuk pasukan presiden Palestin di Semenanjung Gaza pada hari Rabu (04/10) melalui pintu masuk “Kareem Abu Saleem” yang terletak di sebelah timur Rafah.
kudeta (kudéta) = rampasan (perampasan) kuasa utk memerintah secara ganas atau tidak sah.