Hamas: Konspirasi ke atas persoalan Palestin sekarang lebih jelas


Isnin , 16/10/06 –
Pergerakan Hamas telah mengesahkan bahawa peningkatan tentera Israel di Semenanjung Gaza merupakan satu komponen penting dalam rancangan berunsur hasad dengki yang bertujuan untuk menggulingkan kerajaan PA sekarang yang diketuai oleh Hamas.


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Sabtu, pergerakan tersebut mendakwa, “AS dan Israel bersama-sama dengan sekutu antarabangsa mereka berusaha keras untuk menggantikan kerajaan PA sekarang kepada satu kerajaan yang akan lebih berkompromi terhadap ketetapan nasional Palestin”.

Pergerakan tersebut seterusnya mendakwa parti-parti tidak bertanggungjawab di dalam pergerakan Fatah sebagai membawa kerosakan kepada masa depan penduduk Palestin dan mengheret arena Palestin ini ke dalam ‘paya’ perang saudara, sambil menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Fatah sebagai menyokong tindakan sebegitu.

“Peningkatan jumlah pasukan tentera IOF terbaru muncul di saat kegagalan memalukan sekatan politik dan ekonomi yang dikenakan ke atas kerajaan PA dan penduduk Palestin untuk memecahkan keyakinan dan keazaman penduduk Palestin,” jelas kenyataan tersebut.

Kenyataan itu kemudiannya menjelaskan lagi, “Konspirasi terhadap penduduk Palestin dan persoalan Palestin bertambah jelas sekarang, kerana peningkatan tentera Israel yang terbaru telah mengambil haluan baru untuk meningkatkan tekanan ke atas penduduk Palestin dengan apa saja cara, demi memusnahkan keteguhan dan keazaman mempertahankan hak-hak sah dan nasional mereka”.

Pergerakan Hamas, turut menambah, memberi amaran, “Sebarang usaha oleh parti Palestin tempatan untuk mengeksploitasi peningkatan tentera Israel yang terbaru ini untuk menyingkirkan kerajaan PA sekarang akan membawa kita kepada satu tahap yang lebih serius yang akan memberi kesan yang lebih buruk kepada penduduk Palestin dan isu nasionalnya”.
Tambahan lagi, kenyataan tersebut membidas kembali pemimpin Fatah yang mengikut telunjuk Amerika dan Israel dengan mengatakan bahawa kerajaan PA sekarang yang dipilih oleh majoriti daripada penduduk Palestin sebagai satu kerajaan “pengganas dan fasis”.

Ia menjelaskan kenyataan oleh ahli-ahli majlis undangan Fatah sebagai “kemuncak kepada kejatuhan politik” dan merupakan satu pukulan teruk kepada hubungan nasional Palestin.

Hamas mendakwa bahawa kempen tekanan Fatah terhadapnya dan juga terhadap kerajaan PA yang diterajuinya sekarang adalah merupakan usaha-usaha oleh Fatah dan presidensi PA untuk membubarkan penubuhan kerajaan kesatuan nasional sebagaimana yang telah dipersetujui berdasarkan dokumen harmoni nasional.

“Alternatif kepada kerajaan PA sekarang yang ingin dicadangkan oleh para pemimpin Fatah akan mengakibatkan krisis yang lebih teruk, dan bukannya dapat menyelesaikan masalah tersebut, sekaligus akan membawa ke arah kesan-kesan yang tidak akan dapat dihalang,” kenyataan tersebut kemudiannya menjelaskan.