
Isnin , 16/10/06 –Angkatan tentera rejim Zionist mula memperluas base ketenteraan mereka hari ini, di Bandar Hebron, di bahagian selatan Tebing barat dengan mengorbankan tanah-tanah petani.
Menurut penduduk tempatan, tentera-tentera tersebut mengguna jentera penolak untuk meluaskan base ketenteraan yang diberi nama Barokh, yang di kawal rapi oleh penembak-penembak daripada penempatan haram berdekatan di Keryat Arba dan Kharsinah.
Pembinaan itu yang berlaku di antara dua penempatan ini telah mengorbankan tanah lading yang dimiliki oleh rakyah Hebron. Penduduk tempatan mengatakan bahawa tentera-tentera tersebut juga membina tembok setinggi 6 meter disamping pembinaan jalan baru yang akan digunakan khas oleh mereka di kem itu.
Semua ini di bina di atas tanah ladang dan ladang pokok zaitun yang menjadi sumber pendapatan utama penduduk yang memilikinya.
Sewaktu dibina buat pertama kalinya, Kem Ketenteraan Barokh merampas sebanyak 50 dunams dari tanah ladang penduduk Palestine, semenjak tahun 70-an.
Ini adalah merupakan kedudukan strategik tentera-tentera itu untuk mempunyai satu base di sini supaya mereka dapat melakukan operasi ketenteraan di bahagian selatan Tebing Barat.