
Rabu , 18/10/06 –Menteri Luar Qatar Sheikh Hamad Bin Jassem Al-Thani mengesahkan bahawa pihak Arab dan pihak antarabangsa telah menghalang pembentukan kerajaan Persekutuan Kebangsaan Palestin.
Menteri tersebut menyatakan dalam kenyataan kepada rangkaian TV Al-Jazeera bahawa usaha negaranya sebagai pihak tengah dalam merapatkan jurang antara pihak Presiden dan kerajaan Palestin tidak gagal dan masih berjalan meskipun timbul beberapa kesulitan. Beliau berkata yang jurang tersebut tidaklah terlalu besar namun pihak luar, yang tidak beliau namakan, menyukarkan lagi proses penyatuan tersebut. Beliau kemudian menyebut tentang kehadiran Arab dan campurtangan luar yang wujud.
Sheikh Hamad pada Isnin lepas telah mengadakan perbincangan bersama Presiden Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Ismail Haneyya. Menteri Penerangan Palestin, Yousef Rezka, telah memetik Sheikh Hamad sebagai berkata sesetengah pihak, yang tidak dinamakan, telah berusaha untuk menggagalkan penyatuan yang diusahakannya.