
Rabu , 18/10/06 –
Sejajar dengan polisi Amerika untuk melumpuhkan Hamas, negara tersebut sekarang menyumbang dana pula kepada kumpulan-kumpulan politik alternatif. Amerika Syarikat bercadang untuk membelanjakan $42 juta bagi membekalkan sokongan operasi dan strategi kepada ahli dan parti politik anti-Hamas dalam persediaan untuk membuat kembali pilihan raya perundangan, menurut para pegawai yang terlibat dalam inisiatif tersebut.
Amerika juga akan membantu Presiden Palestin Mahmoud Abbas untuk menyusun kembali struktur parti Fatah, yang telah tergugat dengan teruk semasa pilihan raya perundangan Januari lalu, dan juga untuk memperkembangkan pengawalan presidensi.
Sebahagian lagi daripada dana tersebut akan digunakan untuk satu sistem sokongan berupa ‘kumpulan pengawal’ dan para wartawan bersetuju untuk memerhatikan aktiviti-aktiviti kerajaan Hamas dan mereka yang menyokongnya.
Sekolah-sekolah swasta bakal menerima wang berjumlah hampir $5 juta dalm usaha terang-terang untuk mendahului sistem sekolah awam dan perkhidmatan sosial yang lain yang telah ditubuhkan dan dibiayai oleh Hamas.
Amerika memandang projek ini sebagai satu usaha untuk mempromosikan demokrasi, satu demokrasi ‘ala Amerika’ yang selalunya akan memusnahkan mana-mana kerajaan yang tidak patuh kepada kehendaknya walaupun dipilih secara demokrasi sebagaimana yang berlaku kepada Hamas.
Satu dokumen rasmi menyatakan: “Projek ini menyokong objektif untuk mencipta satu demokrasi alternatif kepada pilihan kuku besi atau politik Islam yang radikal.”
Konsul Jeneral Amerika, Jacob Walles menekankan bahawa Amerika tidak membekalkan dana kepada sesetengah parti sahaja. “Kami tidak menyokong mana-mana parti. Malah, kami akan bekerjasama dengan mana-mana parti selagi mana ia tidak dikaitkan dengan organisasi pengganas,” Walles berkata.
Menurut Walles, sumbangan dana Amerika ini bukanlah sesuatu yang baru dan sebenarnya telah bermula sebelum pilihan raya Januari lagi, tetapi ianya tidak disalurkan dengan cukup pantas untuk meredakan perselisihan dalaman dan dakwaan korupsi yang ada di dalam parti Fatah setelah bertahun-tahun mendominasi arena politik.
Hamas telah berhubung dengan mereka yang menerima sumbangan dana tersebut dan memandang usaha Amerika ini sebagai satu tindakan untuk menyingkirkan kerajaan pimpinannya dengan kerjasama Abbas, yang telah bersetuju untuk menerima bantuan dari Washington.
Berkaitan dengan isu ini, Fathi Hammad, seorang pemimpin politik senior Hamas dan merupakan seornag ahli politik berkata, “Ini adalah satu cabaran yang kami sedar akan kewujudannya dan kami akan bersemuka dengannya.”