Israel Salur USD300 juta Perkuatkan Pasukan Abbas.


Rabu , 18/10/06 –
Akhbar Israel “Maarev” (Isnin 16/10) menyiarkan berita, pasukan keselamatan presiden Mahmud Abbas akan mendapat bantuan dana sangat besar dari kerajaan Israel, dengan persetujuan Amerika. Sebahagianya akan disalurkan mulai sekarang.

Menurut akhbar tersebut, pada peringkat pertama pasukan Abbas akan memperoleh bantuan dana sebesar USD300 juta. Jumlah tersebut merupakan hasil ‘rompakan’ yang dilakukan Israel dengan menahan geran bangsa Palestin sejak kemenangan Hamas pada pilihanraya umum bulan Januari lalu. Jumlah dana yang ditahan Israel seluruhnya berjumlah USD600 juta yang sepatutnya digunakan untuk membayar gaji kakitangan awam Palestin, namun ditahan oleh Israel untuk menekan rakyat Palestin agar tunduk kepada kehendak penjajah.

Pasukan Abbas ini dibentuk dan dibina oleh Amerika yang menginginkan pasukan presiden Abbas mempunyai kekuatan yang terlatih. Terdahulu pasukan khusus Amerika telah melatih sebahagian pasukan Abbas tersebut di Jericho.

Amerika merancang agar pasukan tersebut tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kerajaan Hamas. Mereka merancang agar pasukan Abbas sebagai ganti pasukan ketenteraan Palestin yang sedia ada dan mempunyai kesetiaan yang tinggi terhadap Abbas. Pasukan ini telah mula bergerak dan memberikan latihan khusus terutama kepada anggota baru. Beliau menyatakan bahawa pasukan keselamatan Palestin yang ada sekarang kurang terurus dan mempunyai kelemahan ketara khususnya unit komando. Kewujudan pasukan keselamatan presiden sebenarnya bertujuan untuk mengenepikan sedikit-demi sedikit pasukan keamanan dan polis yang sedia ada dengan memilih mereka yang setia sahaja kepada presiden.

Menurut sumber Israel, tidak semua orang dapat menjadi anggota keselamatan Abbas. Mereka yang ingin menjadi anggota keselamatan Abbas harus bersih atau tidak mempunyai sebarang ikatan dengan kumpulan pejuang Hamas dan Jihad Islam.

Penilaian utama dalam keanggotaan pasukan ini adalah kesetiaan mereka terhadap parti terutama Fatah. Pasukan ini berada dibawah koordinasi pihak keselamatan Amerika yang secara langsung membentuk dan yang mengusulkan perombakan institusi keselamatan presiden yang mempunyai kekuatan 6,000 hingga 10,000 anggota.

Sebelumnya, mereka mengadakan latihan bersama di kawasan seluas 60 hektar di wilayah Jericho. Pihak ketenteraan Israel sendiri telah menyediakan pelbagai senjata perang kepada pasukan presiden Abbas. Sementara itu, Reuters menyebutkan, latihan ketenteraan tersebut menelan belanja sebanyak USD20 juta. Sehingga kini belum ada sebarang penjelasan dari pihak presiden mengenai sumber dana tersebut melainkan kenyataan pinjaman dari Dewan Kongres Amerika.