Tentera Zionis bunuh remaja Palestin


Khamis , 19/10/06 –
Menjelang fajar Selasa lalu (17/10/06), askar-askar rejim Zionis telah membunuh seorang remaja Palestin di sebuah kampung di Qabatia yang terletak di selatan bandar Jenin selepas menghujani bandar itu dengan peluru-peluru ke arah penempatan penduduk.

Sumber perubatan di sebuah hospital kerajaan di jenin berkata, Omar al-Soho, 18 syahid apabila peluru Zionis menembusi badannya ketika dia berkonfrontasi dengan mereka. Sumber keselamatan di bandar itu memberitahu bahawa askar-askar rejim Zionis dan pasukan perisikannya menaiki 17 kenderaan bersenjata ke bandar itu ketika waktu fajar dan menambah beberapa orang pejuang Palestin.

Askar-askar penceroboh itu juga memecah masuk ke dalam rumah-rumah penduduk dan menculik Khaled Nazzal,48 selepas menggeledah rumahnya. Dalam pada itu, dua pejuang AMB yang dikaitkan dengan Fatah telah terselamat dari cubaan bunuh rejim Zionis malam tadi di bandar Tobas yang terletak di utara Tebing Barat. Sumber tempatan memberitahu bahawa askar-askar rejim Zionis menyerang kenderaan yang dinaiki oleh pejuang-pejuang AMB dan mengejarnya di jalanraya namun mereka berjaya keluar dari kenderaan itu dan melarikan diri. Mereka berjaya menemui kenderaan yang mereka naiki tetapi gagal menjumpai pejuang-pejuang