
Khamis , 19/10/06 –
Jumlah kematian di kalangan rakyat Palestin akibat tusukan peluru-prluru rejim Zionis meningkat kepada lima orang Selasa lalu. Pembunuhan terbaru oleh unit khas rejim Zionis telah meragut nyawa dua orang adik-beradik di kem pelarian Al-Ain di bandar Nablus beberapa minit sebelum senja.
Sumber tempatan memeberitahu bahawa beberapa orang dari unit khas rejim Zionis turun daripada sebuah bas yang menggunakan nombor plat Palestin dan terus menghalakan senjata mereka ke arah adel dan Feras Abu Al-Reesh yang ketika itu berada di dalam sebuah teksi. Adel mati serta-merta manakala Feras mati beberapa jam selepas itu akibat kecederaan patah yang dialaminya.
Beberapa jam kemudian, tiga orang pejuang Palestin telah ditembak mati oleh rejim Zionis di bandar kabitia yang terletak di selatan Jenin. Ia berlaku dalam satu pertempuran yang disifatkan sebagai yang terhebat sejak tahun lalu. Sumber Palestin memberitahu bahawa skurang-kurangnya 17 kenderaan bersenjata rejim Zionis yang diekori bulldozer ketenteraan serta unit khas telah melepaskan tembakan ke arah kampung itu sebanyak dua kali sebagai tindakan menghadapi konfrontasi antara penceroboh Israel dan pejuang palestin yang bertindak mempertahankan kawasan tersebut.
Pertempuran kali ini disifatkan sebagai yang terbesar dalam tahun ini oleh penduduk tempatan. Mereka turut mengatakan bahawa pejuang-pejuang yang mempertahankan bandar itu patut diteladani dan telah mencetuskan kecelakaan kepada askar-askar rejim Zionis. Pada hari Selasa lalu, askar rejim Zionis telah menculik empat orang remaja Palestin yang cedera dan menjadikan mereka sebagai ‘benteng’ ketika menyerang Kabatia. Mereka dikatakan mahu memburu beberapa orang remaja Palestin yang sangat dikehendaki.
Dalam pada itu, sepuluh tentera rejim Zionis turut melepaskan tembakan ke arah sebuah kampus di Universiti Abu Dis yang terletak di Baitul Maqdis. Mereka menculik dua orang pelajar, Hasan Shakarneh,22 dan Muhannad Olayyan, 23 daripada Kolej Dakwah dan Al-Quran. Pihak universiti berpendapat bahawa serangan itu secara terang-terangan disasarkan kepada dua orang pelajar terbabit kerana operasi terus dihentikan sebaik sahaja penangkapan mereka. Di kawasan Tebing Barat yang lain pula, askar rejim Zionis telah menangkap tujuh orang rakyat palestin termasuk seorang wanita daripada kem pelarian Am’ari berhampiran Ramallah.