Wanita bantah krisis dalaman


Jumaat , 20/10/06 –Para wanita di Palestin berarak di sepanjang jalan di Ramallah pada hari Rabu, 18/10/2006 sebagai bantahan kepada pergolakan dalaman yang berterusan di antara pesaing politik Hamas dan Fatah.

Mereka yang berarak menggesa presiden dan majlis perundangan untuk merangka satu jalan penyelesaian berkenaan dengan kerajan campuran, menyeru kedua-dua parti supaya berhenti berbalah, menghentikan segala hasutan dan bertindak secara logik demi keamanan Palestin.

Perarakan tersebut, yang bermula pada waktu tengah hari, merupakan salah satu daripada kempen besar-besaran yang dilancarkan oleh wanita-wanita yang terlibat di dalam satu persatuan sivil yang dipanggil “Demi Palestin”.

Lebih banyak aktiviti telah dirancang untuk perlaksanaan di masa-masa akan datang.