Categories
Berita Semasa

10 rakyat Palestin mengalami kesukaran bernafas dalam pertelingkahan dengan IOF di Jenin

Selasa, 21-01-2014 – 10 rakyat Palestin dirawat kerana mengalami kesukaran bernafas di kampung Anza, selatan Jenin, ketika pertelingkahan dengan tentera rejim Israel (IOF) pada petang Ahad.

Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC bahawa tentera IOF beserta 7 kenderaan tentera memasuki kampung dan memprovokasi para penduduknya menyebabkan mereka membaling batu kepada IOF.

Sumber tersebut turut menyatakan bahawa pihak tentera melepaskan tembakan dan gas pemedih mata ke arah para pemuda, mengakibatkan 10 penduduk mengalami kesukaran bernafas, sebahagiannya berada di dalam rumah. Para saksi mata memberitahu wartawan PIC bahawa pihak tentera keluar dari kampung dan membuat sekatan jalan di jalan Jenin-Nablus dan memberhentikan kereta-kereta untuk digeledah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati