Categories
Berita Semasa

Menteri Pertahanan Zionis Ancam Gempur Kepentingan Hamas di Gaza

Selasa, 21-01-2014 – Menteri Pertahanan Zionis Moshe Ya’alon mengatakan bahawa militan Zionis akan bergerak menggempur sesiapa sahaja yang megancam keamanan warga “negara Israel”. Beliau menuduh Hamas bertanggungjawab atas serangan terakhir dan menegaskan bahawa militan Zionis akan menggempur kepentingan Hamas apabila tiba masanya.

Pernyataan Ya’alon tersebut disampaikan setelah serangan pesawat tempur Zionis terhadap aktivis militan gerakan Jihad Islam, pagi Ahad. Beliau menambah, “Kami akan bergerak untuk menyerang sesiapa sahaja yang mengancam nyawa warga kami. Kami tidak akan mengizinkan sesiapa pun untuk mengembalikan kami ke era (serangan) roket.”

Ya’alon menuduh gerakan Hamas bertanggungjawab atas serangan roket dari Semenanjung Gaza ke penempatan Yahudi yang berdekatan dengan Semenanjung Gaza. Beliau mendakwa bahawa gerakan Hamas tidak memiliki kekuatan di lapangan. Kerana itu, tegas Ya’alon, “Kami akan melakukan tindakan atas Hamas dan merosakkan kepentingannya.”

sumber : COMES
penterjemah : Osman