
Khamis, 23-01-2014 – Timbalan Menteri Perang Zionis Danny Danon berkata Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry bercadang untuk melawat rantau ini pada hari Isnin untuk membentang dokumen persefahaman dalam pertemuannya dengan rakyat Palestin dan Israel.
Danon dalam ucapan radio berkata terdapat usaha AS untuk mengatur pertemuan antara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Mahmoud Abbas.
Danon juga mengulangi penolakan Israel terhadap apa-apa perjanjian berdasarkan sempadan tahun 1967 dan sebarang cubaan untuk membangkitkan isu Jerusalem ke meja rundingan, menegaskan jika Netanyahu bertolak ansur maka parti Likud tidak akan membenarkan itu.
Dalam konteks berkaitan, ahli parlimen Palestin Ibrahim Dahbour menyatakan keyakinannya bahawa diplomasi John Kerry tang tidak akan membawa kepada keamanan antara Palestin dan Israel, kerana ia bertujuan untuk mewujudkan konflik mengikut kepentingan Israel.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En
penterjemah : ameen