Categories
Berita Semasa

Penjajah Zionis Serahkan Jasad Warga Palestin Yang Syahid Sejak 2004

Khamis, 23-01-2014 – Penjajah Zionis bercadang untuk menyerahkan dua jasad syuhada Palestin iaitu Fathi Jihad Umairah dari kota Nablus dan Atha Ibrahim Samhan dari perkampungan Nashariyah di timur laut Nablus.

Penyerahkan jasad Umairah dan Samhan ini adalah rentetan daripada penyerahan jasad Majid Khanfat dari Silah Zhahr di Jenin oleh pihak Zionis. Langkah ini merupakan kejayaan dan tekanan rakyat yang dilakukan oleh semua pihak di Palestin yang menyokong keluarga para syuhada dalam tunjuk perasaan untuk membebaskan mereka dari “pemakaman al Arqam”.

Disebutkan bahawa Umairah yang lahir pada tahun 1983, gugur dalam pertempuran dengan pihak Zionis bersama dengan Majdi Khanfar. Sementara itu Samhan, lahir tahun 1944, syahid dalam serangan Zionis ke desa Nashariyah pada tahun 2004 lalu.

sumber : COMES
penterjemah : osman