
Khamis, 23-01-2014 – Tindakan seorang tentera Israel yang melepaskan tembakan ke arah seorang pemuda Palestin dekat sebuah penempatan di perkampungan Tarqumiya, Al-Khalil pada tengahari Isnin yang lalu, telah mengakibatkan pemuda tersebut mengalami kecederaan yang teruk.
Dalam laporan satu laman sesawang Hebrew, tindakan tentera Israel melepaskan tembakan ke arah pemuda Palestin tersebut adalah berikutan keengganan pemuda tersebut untuk berhenti dari berjalan menghampiri benteng penempatan itu meskipun telah diberi amaran beberapa kali oleh tentera Laman itu turut melaporkan pemuda itu telah dipindahkan ke Pusat Perubatan Shaare Zedek di Jerusalem dan keadaannya dilaporkan serius.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En
penterjemah : nur syarira