
Khamis, 23-01-2014 – Sekumpulan 20 pegawai perisikan Israel memecah masuk ke dalam Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis pada pagi Isnin melalui pintu masuk Maghareba.
Pertubuhan Aqsa untuk pembiayaan dana dan warisan pula mendakwa bahawa satu lagi kumpulan terdiri daripada 27 orang pegawai perisikan memecah masuk ke dalam Masjidil Aqsa melalui Bab al-Silsela, yang tidak pernah digunakan bagi tujuan tersebut sebelum ini.
Dikatakan bahawa kedua-dua kumpulan pernah melawat beberapa masjid disekitar, dan turut menambah mengenai kemasukan perisikan dan tentera ke dalam Masjid bertujuan untuk menunjukkan kekuasan Israel dan kehadiran Yahudi di dalam Masjid tersebut.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En
penterjemah : mardhiah