Categories
Berita Semasa

Ahli Parlimen Yousuf: Para tahanan menderita akibat amalan perkauman Israel di penjara

Khamis, 23-01-2014 – Wakil rakyat Palestin, Hasan Yousuf, yang dibebaskan pada Ahad dari satu penjara Israel berkata para tahanan Palestin terutamanya yang mengalami masalah kesihatan menderita akibat polisi perkauman penjara Israel ke atas mereka.

Yousuf memberitahu Pusat Maklumat Palestin (PIC) ketika pembebasannya dari penjara Ofer bahawa 40 tahanan Palestin dengan masalah kesihatan mengharapkan sokongan untuk mereka dan diberi perhatian oleh dunia.

Beliau turut berkata bahawa penderitaan para tahanan yang ditahan di penjara Israel adalah berterusan kerana mereka ditahan tanpa sebarang dakwaan dan tidak tahu bila akan dibebaskan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/En
penterjemah : nur idawati