
Khamis, 27-02-2014 – Sejumlah pegawai Tinggi Jordan menegaskan hak mereka untuk melakukan perlawanan terhadap penjajah Zionis, walau ada perbezaan mengenai asas undang-undang keamanan negara yang mengecualikan perkataan ‘perlawanan’ dengan perkataan ‘membenteras terorrisme’.
Sebelumnya, Dewan Senat Jordan menambah perenggan dalam draf undang-undang pengadilan keamanan negara tahun 2013 dengan mengecualikan perkataan bagi kegiatan yang berhubungan perlawanan terhadap Zionis adalah tindakan melawan undang-undang iaitu sebagai satu kejahatan terorrisme.
Dalam perdebatan isu ini di Dewan Kerajaan, (Khamis 20/2) Perdana Menteri Jordan Abdullah Nashur mengatakan bahawa maksud dari perenggan tersebut telah mengurangkan erti perlawanan terhadap penjajahan dan memburukkan sesuatu yang tidak dimaksudkan dengan perlawanan.
sumber : COMES
penterjemah : Osman