Categories
Berita Semasa

MK Moshe Feiglin cemar Masjid Aqsa

Khamis, 27-02-2014 – Ahli Knesset Israel, Moshe Feiglin telah mencemari perkarangan Masjid Aqsa awal Rabu lalu dan membuat lawatan di halaman masjid tersebut selama setengah jam. Menurut Pengarah awam Pembiayaan Islam di Jerusalem iaitu Sheikh Azzam Al-Khatib, Feiglin telah
membuat lawatan di kawasan bahagian barat masjid tersebut dan berdiri di halaman Kubah Sakhrah.

Tambah al-Khatib lagi, seorang jurugambar turut serta mengikuti MK dalam lawatan tersebut. Feiglin dalam lawatannya, berkata “ Masjid Aqsa dan Kubah Sakhrah adalah milik orang Yahudi. Orang Arab patut meninggalkan Arab Saudi.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur syarira