Categories
Berita Semasa

Kesihatan Balawna dalam tahanan semakin merosot

Jumaat 28-02-2014 –Pihak berkuasa Israel telah menangguhkan perbicaraan Ramisya Balawna, 53 dari kem tahanan Tulkarem sehingga bulan Mac walaupun keadaan kesihatan wanita tersebut semakin merosot, seperti yang diberitahu oleh keluarga Balawna kepada pusat Ahrar.

Menurut maklumat dari keluarga Balawna, wanita tersebut menderita akibat tekanan darah tinggi dan diabetis, di samping keadaan psikologinya yang tidak stabil disebabkan oleh manipulasi berterusan Israel mengenai isu beliau. Perbicaraan Balawna telah ditangguhkan sebanyak 4 kali.

Dari pihak pengarah pusat Fouad Khuffash , beliau mengatakan pihak berkuasa Israel menolak rayuan untuk melepaskan tahanan wanita tersebut walaupun keadaan kesihatan Balawna berada pada tahap yang teruk.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur syarira

One reply on “Kesihatan Balawna dalam tahanan semakin merosot”

Comments are closed.