
Jumaat 28-02-2014 – Lebih 60 orang yang kebanyakannya pegawai tentera kerajaan terbunuh dan lebih daripada 70 orang tercedera dalam serangan yang berasingan di Iraq semalam.
Sumber kesihatan dan keselamatan berkata bahawa 14 orang terbunuh dan 45 orang yang lain cedera dalam letupan kereta berani mati di Karrada, Baghdad petang semalam. Pasukan keselamatan melepaskan tembakan amaran sejurus selepas letupan tersebut.
Lima anggota polis juga terbunuh dan 15 tercedera dalam letupan kereta berani mati yang mensasarkan Majlis Wilayah Anbar.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah