Hamas: Kerajaan Baru Tidak Akan Iktiraf Israel dan Idea 2 Negara


Khamis, 16/11/06 –
Gerakan Perjuangan Islam Hamas menegaskan bahawa kerajaan perpaduan nasional yang akan dibentuk melibatkan ramai menteri dari Hamas, tidak akan mengiktiraf entiti Zionis Israel. Kerajaan baru tersebut juga tidak akan menerima idea dua negara sebagai penyelesaian konflik Palestin-Israel.


Hal tersebut ditegaskan oleh jurucakap gerakan Hamas, Fauzi Barhum, kepada para
wartawan, Selasa (14/11). Barhum mengatakan bahawa kerajaan perpaduan nasional yang
dibentuk oleh gerakan Hamas dan Fatah bersama faksi-faksi lainnya,?tidak akan
mengiktiraf entiti Zionis Israel dan tidak akan menerima penyelesaian idea dua
negara”

Jurucakap Hamas menjelaskan, “Kami menolak penyelesaian dua negara menurut pandangan
Presiden Amerika, George W. Bush kerana ia bererti mengiktiraf secara jelas terhadap
kewujudan Zionis Israel.” Beliau menambah, ?Kami katakan dengan sejelas-jelasnya,
bahawa kami tidak akan bersama dalam pemerintahan yang mengiktiraf kewujudan Israel
di Palestin dan ini adalah sikap kami yang tidak (akan) berubah.?

Sementara itu, media-media Palestin memetik dari ibu pejabat gerakan Fatah yang
mengatakan bahawa pemerintahan Palestin yang baru akan menerima syarat-syarat yang
dikemukakan oleh kumpulan kuartet antrabangsa. Antara syarat itu adalah mengiktiraf
kewujudan Zionis Israel. Menurut pegawai itu lagi, kerajaan baru itu nanti akan
digerakkan sesuai dengan strategi yang ditetapkan Presiden Palestin Mahmud Abbas.

Menurut laporan yang dipetik oleh media-media Palestin, salah seorang pegawai Fatah
mendakwa bahawa apabila kerajaan Palestin yang baru tidak mengiktiraf syarat-syarat
yang diajukan kumpulan kuartet antarabangsa, maka tidak ada ertinya dilakukan
perbincangan antara Fatah dan Hamas di Gaza.