
Khamis, 16/11/06 –
Pada hari Rabu (15/11/06), rejim Israel telah menculik seorang ibu kepada 5 anak di bandar Tebing Barat Dura, selatan bandar Al-Khalil selepas memecah masuk rumah ibu tersebut.
Sumber Palestin memberitahu sepasukan besar rejim Israel memecah masuk rumah tersebut yg terletak beberapa meter dari pasukan pelindungan keseleamatan PA dan menahan warga Palestin Andaleeb Al-Huroub sebelum membawanya ke tempat yg tidak diketahui.
Penahanan Huroub dianggap sebagai satu tindak rejim Israel untuk memberi tekanan kepada suaminya Muneer Al-Huroub untuk menyerah. Rejim Israel telah mencari beliau selama 5 tahun.
Di bandar Bethlehem, seorang warga Palestin cedera dan empat yg lain ditahan apabila sepasukan besar askar rejim Israel menyerang bandar Takoo, timur Bethlehem pada Rabu semalam dan menyembunyikan mereka di tempat yg tidak diketahui.
Banyak penahanan oleh rejim Israel di laporkan di Nablus dan Bandar Jenin dimana pasukan rejim Israel menyerang warga Palestin, menyuruh mereka keluar dalam keadaan yg sgt sejuk sekarang sebelum menahan beberapa daripada mereka tersebut.