Zehar Sambut Baik Inisiatif Kesatuan Eropah


Isnin, 20/11/06 –Kerajaan Palestin menyambut baik inisiatif Eropah untuk menyelesaikan konflik
politik di wilayah Timur Tengah, dengan mempersiapkan jalan penyelesaian akhir bagi
masalah Palestin. Pada masa yang sama, Palestin mempersoalkan sikap Israel yang
menolak inisiatif tersebut.


Pernyataan ini dinyatakan oleh Menteri Luar Palestin, Mahmud Zehar Khamis (16/11) di
Gaza. Beliau mengatakan, inisiatif Eropah ini
wajib dicontohi sebagai upaya menghentikan pertikaian serta usaha pertukaran
tawanan, walaupun masih ada beberapa masalah dan isu yang belum selesai.

Zehar menyebutkan, inisitif ini perlulah jelas, sebelum pihaknya menyatakan setuju
atas ajakan mengadakan persidangan perdamaian antarabangsa. Apakah kuasa dan
latarbelakang persidangan tersebut serta bagaimana kemampuanya dalam merealisasikan
sejumlah keputusan yang diambil. Zehar menegaskan bahawa pihaknya setuju untuk hadir
dalam persidangan tersebut. “Jika kami mendapat jawapan dari beberapa persoalan di
atas, maka tentu kami akan menyetujuinya” menurut Zehar.

Sementara itu, seorang pegawai kanan Palestin menyatakan, penolakan Israel atas
inisiatf Eropah tersebut menjadi bukti bahawa mereka menginginkan agar masalah
Palestin tetap berada di bawah telunjuk Amerika secara sepihak. Ini kerana Amerika
selama ini menyokong Israel sama ada dari segi dana, persenjataan maupun politik.

Dalam pernyataan akhbarnya semalam, Zehar menegaskan bahawa tidak ada yang menolak
untuk menghentikan peperangan ini, kecuali mereka
(Israel). Sebagaimana mereka juga menolak untuk membebaskan para tawanan.

Sebelumnya, presiden Perancis, Chirac dan perdana menteri Sepanyol, Jose Luis
Rodriquez Zapatero menyatakan, bahawa Eropah berusaha melakukan langkah perdamaian
di Timur Tengah sebagai persiapan menuju penyelesaian konflik Palestin.

Mereka menyatakan, inisiatif ini berkaiatan dengan usaha menghentikan peperangan
antara Palestin dan Israel serta pertukaran tawanan Palestin, di samping mengadakan
persidangan damai antarabangsa.

Zapatero menjelaskan, langkah ini masing-masing akan dilakukan oleh Sepanyol,
Perancis dan Itali. Mereka menuntut pembentukan kerajaan persatuan nasional Palestin
serta penghantaran wakil untuk memantau keadaan di Palestin. Beliau menambah, kami
menginginkan pelaksanaan inisiatif ini secara bersama-sama antara wilayah Timur
Tengah dan Kesatuan Eropah.

Di pihak lain, Chirac menyatakan, kami tidak mungkin berpangku tangan menyaksikan
keadaan buruk berterusan di Timur tengah. Beliau menegaskan bahawa Paris akan
memantau kerjasama ini bersama Sepanyol dan Itali dan dengan bantuan dari Kesatuan
Eropah.

Pekara yang sama diungkapkan parlimen Eropah yang menyokong penghantaran pasukan
multi etnik di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Dalam pada itu mereka meminta
Kesatuan Eropah untuk menghantar kumpulan pemantau yang terdiri dari pasukan tentera
ke wilayah Gaza.

Mereka juga menuntut menghentikan segera pelanggaran hak asasi manusia yang terjadi
di Gaza dan Tebing Barat. Israel harus segera menghentikan operasi militannya di
Gaza dan menghentikan embargo terhadap rakyat Palestin.