
Jumaat, 17/11/06 –Keputusan dari Menteri Luar Arab beberapa hari lalu tentang usaha untuk menyelesaikan sekatan terhadap rakyat Palestin masih belum boleh di laksanakan. Di atas penundaan itu, 2 Menteri Palestin telah membawa 2 beg berisi wang tunai ke dalam semenanjung Gaza Rabu lalu.
Menteri tersebut Dr. Ahmed Bahar dan Mushir Al-Masri memasuki Gaza Rabu lalu dengan membawa 4 juta dollar secara tunai. Pihak berkuasa telah menunda kemasukan Masri ke Gaza Selasa lalu sehingga proses kemasukan beliau di lakukan secara sah berserta duit tersebut.